15 Idea Bisnes Pertama Yang Anda Boleh Mulakan Pada Tahun 2020

Masuk alam bisnes ni biasanya kita mula secara seorang diri, ataupun “freelance”. Kita mencari rezeki dengan bekerja sorang-sorang. Kitalah towkay. Kitalah kuli.

Ada jenis bisnes yang cepat dapat duit, ada yang lambat. Bisnes pertama yang ideal adalah bisnes yang cepat dapat duit bagi menampung keperluan harian. Buat simpanan, supaya kita ada modal bagi memulakan bisnes kedua.

Bisnes pertama yang mudah dimulakan adalah jenis servis kerana modalnya hanyalah kita.

Dalam artikel ini saya kongsikan 15 idea bisnes pertama anda boleh lakukan. Jika anda mencari peluang perniagaan, bacaan ini untuk anda.

1. Dropship

Buat dropship ni antara bisnes yang bagus untuk orang baru nak berjinak dgn bisnes. Model bisnes dropship ni mudah. Anda kutip order, pelanggan bank in kepada anda harga jualan, anda bank in ke HQ harga agen, margin untung bersih itu anda simpan, HQ post barang ke pelanggan. Jadi anda tak perlu pegang produk pun. Hanya kutip order saja. Kebanyakan produk sekarang mencari agen dropship. Mereka dah sediakan panduan marketing, info produk, dan task-task supaya anda tak ketinggalan dan boleh buat jualan. Lebih mudah lagi anda boleh mula Dropship di Shopee atau Lazada.

2. Servis Bersihkan Rumah

Untuk idea bisnes ini, modal yang anda perlukan hanyalah Round mop, Baldi, penyapu, pengaut sampah, dan plastic bag. Anda hanya memerlukan sedikit kemahiran menggunakan mesin scrub dan penggunaan bahan pencuci.

Anda boleh datang ke rumah pelanggan dan cuci rumah mereka. Anda boleh tawarkan termasuk servis seperti vacuum, interior cleaning, dan macam lagi.

Kebanyakan orang sekarang malas nak spend masa untuk kemas rumah sebab makan masa. Jadi kalau anda tawarkan servis ini, tentu ada yang nak sebab anda dah mudahkan urusan mereka.

3. Servis Jaga Haiwan Peliharaan

Ada setengah orang, bila pergi bercuti, mereka perlukan orang untuk menjaga haiwan peliharaan mereka. Jadi anda boleh tawarkan servis anda dan jaga kucing mereka untuk beberapa hari sementara mereka pergi bercuti.

Kan best tu? Jaga kucing pun boleh buat bisnes.

4. Jadi Runner

Runner ni contohnya macam Food Panda dan Grab Food dimana anda menghantar makanan kepada pelanggan.

Kalau anda tahu selok belok jalan dan mahir bawa motosikal, kerja ni sesuai sangat dengan anda.

Kerja anda hanya tunggu pesanan, hantar makanan dan kutip upah.

Mungkin untung bisnes tu anda boleh simpan untuk dijadikan modal untuk bisnes seterusnya.

5. Servis Cuci dan Lipat Baju

Setengah orang tak ada pembantu rumah. Mereka sibuk dengan kerja dan tak sempat nak uruskan benda-benda leceh seperti cuci dan lipat baju ni.

Nak jemur lagi, tunggu kering, nak lipat, gosok lagi.

Anda boleh tawarkan servis pergi ke rumah mereka dan uruskan baju mereka, atau mereka tinggalkan baju di luar rumah dan anda kutip dan hantar balik. Ikut kesesuaian anda.

6. Servis Cuci Kereta

Untuk idea bisnes ini, modal yang anda perlukan hanyalah sponge, kain, baldi, dan sabun kereta.

Anda boleh datang ke rumah pelanggan dan cuci kereta mereka. Air guna air dekat rumah pelanggan, anda hanya perlu sediakan alat untuk mencuci saja.

Bila dah untung sikit, anda boleh tawarkan servis seperti vacuum, interior cleaning, dan macam lagi.

Kebanyakan orang sekarang malas nak pergi cuci kereta sebab makan masa dan jauh dari rumah, sangat leceh. Jadi kalau anda tawarkan servis ini, tentu ada yang nak sebab anda dah mudahkan urusan mereka.

7. Menjual e-Book

Kalau anda tak suka nak buat blog, tapi ada skil yang mampu bermanfaat kepada orang lain, anda boleh buat ebook anda sendiri. Contohnya resipi masakan, atau cara solat dengan sempurna, atau cara dropship di e-commerce, dan lain-lain.

Ebook tersebut anda boleh buat iklan dan jual di group-group whatsApp, group FB, atau cuba jual di marketplace yang free.

8. Jual Makanan Frozen

Anda boleh jual makanan frozen seperti dim sum, nugget, kuih muih, dan sebagainya tanpa perlu buat pun makanan tersebut.

Banyak kilang mengeluarkan makanan frozen untuk dibekalkan kepada kedai runcit dan kedai tempatan. Anda boleh beli terus dari kilang ini dan menjualnya dirumah. Untuk permulaan anda boleh jual kepada kawan dan orang terdekat dulu, post di group fb, whatsapp, dll.

9. Servis Gunting Rambut

Untuk permulaan, anda tak perlu nak buka kedai atau beli alatan mahal-mahal untuk buat servis gunting rambut.

Daripada pelanggan datang ke kedai dan habiskan masa berpuluh minit menunggu gilirannya, apa kata anda sendiri yang datang ke rumah mereka untuk gunting rambut.

Mereka jimat masa, tak perlu pergi ke kedai, cukuplah dengan membuat panggilan dan tunggu anda datang.

10. Tukang Urut

Ramai orang tak tahu manfaat mengurut ni. Mereka ingat bila dah tua-tua ni je baru pergi mengurut. Kalau anda pandai urut, anda boleh buat servis datang ke rumah mereka.

Setelah hari yang panjang dan memenatkan di tempat kerja, eloklah kalau kita lenggangkan otot, segarkan badan, dan buang angin dalam badan dengan urutan dari anda.

11. Menjadi Ejen Affiliate

Ejen affliate ni secara asasnya anda promote produk orang lain menggunakan link khas anda.

Sabagai contoh, anda jadi affliate produk kurus ABC. Untuk membeli, pelanggan harus pergi ke link produk itu untuk buat bayaran.

Kalau anda daftar menjadi agen mereka, mereka akan berikan link produk mereka khas untuk anda. Jadi jika ada pelanggan yang tekan link anda itu, komisyen anda yang dapat.

12. Ajar Mengaji di Rumah

Anda boleh datang ke rumah pelanggan dan ajar mereka atau anak-anak mereka untuk baca al-quran.

Untuk ibu bapa tak ada masa nak hantar anak mereka kepada kelas quran, ini sangat sesuai.

13. Servis Buat Website

Website ni ibarat kad bisnes moden sekarang ni. Semestinya mereka perlukan website yang lawa dan mesra pelanggan.

Anda boleh tawarkan servis membuat website dengan harga yang lebih rendah berbanding mereka upah agensi marketing.

14. Servis doorgift

Anda boleh buat sendiri doorgift, ataupun tempah di kedai borong. Doorgift ni bukan untuk majlis kahwin je, boleh jadi majlis hari jadi, majlis tahlil, perjumpaan reunion, dan macam lagi.

Doorgift anda boleh jadi dalam bentuk makanan, kraf tangan, gula-gula, ataupun kek.

15. Servis Membuat Resume

Resume ni penting untuk penampilan diri untuk tempat yang bakal kita kerja. Namun tak ramai yang reti buat resume yang efektif dan berguna.

========== IKLAN ========== 

Sekiranya tuan dan puan bercadang mahu memulakan perniagaan, kami sarankan tuan dan puan lihat toturial buat pendapatan dengan team Have. Konten sudah disediakan dalam bentuk ebook dan diiringi video eksklusif menerangkan tentang cara menggunakan app/sofware terkini memudahkan lagi urusan anda.

Nak tahu cara buat duit senang, klik di sini..

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started