6 Langkah Elak Perniagaan Gagal!

Apakah kunci kejayaan dalam perniagaan? Saya telah menjalankan perniagaan selama lebih 10 tahun dan turut membantu usahawan-usahawan dalam membina perniagaan. Telah banyak juga melihat jatuh bangun perniagaan – orang lain, dan juga diri sendiri. Berikut adalah 5 kegagalan perniagaan yang MESTI anda elakkan untuk pastikan perniagaan anda Berjaya :-

1. Buat bukan kerana minat yang amat mendalam!

Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita suka? Contoh sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.

Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.

2. Cepat Hilang Fokus!

Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya, ini terjadi kerana tiada siapa yang perlu dirujuk. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

 3. Tiada perancangan dalam perniagaan.

Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

4. Pilih lokasi yang betul elak perniagaan gagal

Ini adalah di bawah kawalan anda jikalau masih belum jalankan perniagaan. Tapi kalau dah jalankan, dan terbukti lokasi itu tidak berapa mujarab, maka jadikan pindah lokasi sebagai satu perancangan anda segera.

Buat perancangan bagaimana nak pindah ke satu lokasi yang jauh lebih baik daripada sekarang dan laksanakan perancangan tersebut sebaik mungkin.

Biasa terjadi pada para usahawan yang tak berjaya adalah membiarkan keadaan semasa menentukan lokasi yang akan dipilihnya. Dia tidak mahu ambil tanggung jawab menentukan lokasi dan biarkan keadaan dirinya dan keadaan semasa buat keputusan untuknya.

Contohnya bila nak buka kedai makan.

Dia sendiri tahu lokasi terbaik adalah seperti mana yang dipilih oleh begitu banyak kedai mamak yang berjaya.

Kalau kedai melayu pilih lokasi yang sama begitu, juga akan berjaya jika faktor lain dianggap betul.

Tapi malangnya usahawan yang nak niaga kedai makan akan ambil kedai paling tercorot yang tak ada orang lalu lalang.

5. Lakukan aktiviti pemasaran yang berkesan

Ramai usahawan tak buat aktiviti pemasaran secara konsisten. Biasanya pemasaran dilakukan hanya pada waktu awal berniaga sahaja, bila dah ada pelanggan, semua aktiviti pemasaran akan terhenti. Ini satu kesilapan besar dalam perniagaan.

Senaraikan strategi yang nak anda buat untuk membina prospek. Dalam bahasa ingerisnya kita panggil ‘leads creation’. Pilih 3 strategi atau lebih untuk membina leads dan pantau urusan tersebut secara mingguan. Ukur setiap strategi akan keberkesanannya mencipta leads dan ukur juga keberkesanan dalam menukarkan leads menjadi pelanggan.

Alasan pelanggan dah terlalu ramai dan anda tak menang tangan untuk buat kerja adalah satu lagi kesilapan besar dalam menghentikan kegiatan pemasaran. Kegiatan operasi tak boleh dicampur adukkan dengan kegiatan pemasaran.

 

6. Elak sikap buat semua kerja sendiri

Ini satu lagi sikap yang tak betul. Masa mula-mula nak berniaga masih boleh diterima, sebab nak jimatkan kos. Tapi jadikan sasaran untuk melegakan masa anda dari kesibukan buat semua kerja sendiri.

Usahawan perlu ada masa untuk merancang dan membuat analisa terhadap apa yang berlaku. Jika anda buat semua kerja sendiri, urusan merancang dan berfikir tidak dapat dilakukan sedangkan perniagaan anda akan hanya membesar jika urusan tersebut dilakukan secara konsisten setiap hari, minggu dan bulan.

 

Ok!, ringkas dan pendek bukan ?

 

Jika dah faham, sila semak status perniagaan anda sekarang. Ada tak mana-mana urusan di atas yang anda belum lakukan ?

 

Jika ada, segera amalkan dan jadikan ianya budaya pengurusan perniagaan anda.

 

Selamat beramal dan elak bisnes gagal !

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started